Friday, 14 December 2012

ICT kanak-kanak Pra sekolah


PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH ISMAIL BIN MAMAT JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI Teknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden /elektronik seperti komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumat melalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, video conferencing, CD, multimedia.

ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak






No comments:

Post a Comment