Blog ini adalah tugasan saya untuk semester 3 / Kohort 3 sebagai pelajar UPSI.Segala yang dimuatkan dalam blog ini adalah berkaitan dengan kehidupan saya sebagai seorang guru.( Tracy Ak Ruby /D20112054509 )
Friday, 14 December 2012
ICT kanak-kanak Pra sekolah
PENDIDIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH ISMAIL BIN MAMAT
JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan
kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang
lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem
pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan
Bagi
pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan
supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan
interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT
boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif
TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI Teknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden
/elektronik seperti komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi
menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi
Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumat melalui alat
perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, video conferencing, CD,
multimedia.
ICT
perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan,
persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran
kanak-kanak
Subscribe to:
Posts (Atom)