Friday, 14 December 2012

Action Letters animation ABC for kids learning alphabet

Pembelajaran Interaktif Prasekolah Mengunakan EIKI Interaktif Kit

ICT kanak-kanak Pra sekolah


PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH ISMAIL BIN MAMAT JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI Teknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden /elektronik seperti komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumat melalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, video conferencing, CD, multimedia.

ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak






Thursday, 18 October 2012

RPH Pra Sekolah


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(SLOT PENGAJARAN  KELAS)

Kelas                                      :  Pra Pintar
Tarikh                                     :  18 Oktober 2012
Masa                                      :  9.00pagi – 9.40 pagi
Bilangan Murid                      :  15 orang
Modul                                     :  Asas
Tunjang Utama                      :  Bahasa Malaysia
Tajuk/Tema                            :  Kenderaan Darat
Standard  Kandungan          :  (2.1.Berinteraksi dengan mesra.)

Standard Pembelajaran       :  (2.1.4.Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila).

Kesepaduan  Tunjang           :  (BM3.5.1) Membatangkan (mengeja sambil membaca)
                                                                  dua suku kata untuk menjadi perkataan.
 (BM3.5.4) Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk   menjadi perkataan (contoh: kereta)

(BM3.5.5) Membatangkan suku kata tertutup untuk     menjadi perkataan (contoh: dan)

(BM 4.2.6)  Menyalin perkataan dengan  cara yang  betul.

 (ST4.2.1)  Membilang objek 1-10(ST4.2.3)
Memadan bilangan objek dengan simbol     nombor 1-10
Hasil pembelajaran       : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid
dapat :
1)    Menyatakan dan mengeja kenderaan darat dengan betul.
2)    Membilang dan mengetahui bilangan kenderaan darat yang dipelajari.
 3)    Mengetahui tayar sesuatu kenderaan darat dengan betul.

4)    Mennyanyikan lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’ mengikut irama yang betul.
Pengertahuan sedia ada  :  Murid biasa melihat kenderaan- kenderaan darat di                                                                 persekitaran mereka.
Kemahiran Berfikir (KBKK)   :  Membuat ramalan , menyenaraikan
Penerapan Nilai                      :  Yakin , bersyukur, bekerjasama.
Bahan Bantu Mengajar           : Perisian komputer-tema kenderaan darat, carta lagu,
   Lembaran kerja, Kad perkataan bahan rekaan dan
   bahan maujud.






Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran

Sumber/ Catatan

Set Induksi

(5 Minit)

Aktiviti kelas

Bunyi Kenderaan

-Guru memperdengarkan bunyi-bunyi kenderaan darat seperti motosikal, kereta, lori, bas dan beca.

-Murid meneka bunyi kenderaan tersebut.

Radio
Rakaman bunyi
     
     Langkah 1

(10 Minit)

Aktiviti Kelas

Ejaan

-Guru menunjukkan gambar
 kenderaan darat  sambil      
 murid menamakannya.

-Murid menyebut dan mengeja nama kenderaan darat tersebut.

-Bersoaljawab dengan murid
  tentang kepentingan
  kenderaan darat.

Kesepaduan:,
PFK

BBM:
Gambar,kad perkataan, replika kenderaan darat.

Langkah 2

(15 Minit)

Aktiviti Kelas

Pengiraan
(soalan pada slaid komputer)

-Murid menyatakan
 bilangan kenderaan yang 
 dipelajari hari ini.

-Murid menyatakan bilangan
 tayar pada kenderaan darat
 yang telah dipelajari.

Kesepaduan:
Awal Matematik

KBKK:
Menyenaraikan

Langkah 3

( 10 Minit)

Aktiviti
Individu

Penilaian

-Guru mengedarkan
  lembaran kerja kepada
  murid.

  -Mengisi tempat kosong
   perkataan kenderaan darat
   yang betul dan 
   mewarnakannya.
   

KBKK:
Banding-beza

BBM:
Lembaran kerja

Penutup

(5 Minit)

Nyanyian

“Bapaku Pulang Dari Kota”

-Murid menyanyikan lagu
 “Bapaku Pulang Dari Kota “
  dengan bimbingan guru.

-Murid menyanyikan lagu
 sambil membuat
 pergerakan.

MI: Kecerdasan Pertuturan, Kecerdasan Interpersonal

Kesepaduan: Kreativiti dan Estetika