Sejarah dan
Perkembangan Pendidikan Prasekolah
·
1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH PENDAHULUAN: Mula berkembang di Eropah pada abad
ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah seperti Johann
Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah
orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837
dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.
·
2. PENDAHULUAN:
Prasekolah 1 di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Ownpada tahun
1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika
Syarikat- Prasekolah 1 didirikan pada tahun1850 oleh Carl Schruz dan 1860,
Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan
Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja.
·
3. PENDAHULUAN: Di
ASEAN- pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun
1900an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Di
Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.
·
4. PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Zaman Sebelum Merdeka - Tahun 1940 an
telah dimulakan oleh missionari Kristian dan pendidikan pengaruh British.
-Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada sahaja belajar di
prasekolah itu. -Guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada
latihan prasekolah.
·
5. 2 . Zaman
Selepas Merdeka Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada
Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip
kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di
Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan
sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan
Melayu, Cina dan India.
·
6. 3. Zaman 1970
an hingga sekarang 1970 KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar
bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luas bandar .
Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis
Perhubungan Masyarakat (1976).
·
7. 3. Zaman 1970
an hingga sekarang Tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan
Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah
percubaan di seluruh Malaysia. Tahun 1972 MPIK, Ceras telah melatih seramai 137
orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah.
Tahun 1981- Yayasan Sabah telah menubuhkan Institiut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapat khidmat nasihat daripada Universiti
Malaya.